Majlis Perkahwinan Black Hanifah di PPR Kerinchi

salam blogger~~

Cerita pasal Black Hanifah kahwin ni memang dah banyak kat blog-blog lain. Tapi ni daripada pengalaman Syu sendiri yang turut membantu sedikit tak banyak dalam persiapan makanan untuk Majlis Perkahwinan Black di Padang Bola PPR Kerinchi Pantai Dalam, Bangsar Kuala Lumpur pada 15 September 2013.

14 September 2013, Sabtu, dah bermula la proses penyediaan bahan untuk memasak. Dua khemah khas untuk tempat memasak. Untuk majlis ni, memang gotong royong untuk memasak. Tukang masak diimport khas daripada Baling dan Kupang, Kedah. Menurut ayah Black, memang saudara mara sahaja yang turun untuk gotong royong memasak untuk majlis tu. Jadi syu dengan kawan syu tolong la apa yang patut. Sekadar kerja mengupas dan memotong je la. Orang tua-tua je ramai kat situ. Kami dua orang je orang muda yang tiba-tiba menyelit kat situ kupas bawang. Hahaha. Mujur syu ni orang Kedah. Faham la apa tukang masak berborak. Dah kena terjemah dekat member syu sebab dia orang Kelantan. Kami turun pun dah petang dah. Proses memasak bermula tengah malam sehinggalah ke pagi hari majlis.

15 September 2013, Ahad, kalau tak silap syu ada 15 khemah untuk para tetamu, 1 khemah besar untuk tempat persandingan dan 2 khemah untuk memasak. Pagi-pagi lagi syu dengan kawan syu keluar meniaga. Tengah hari balik dari meniaga terus kami pergi makan kenduri. Masa tu Black belum sampai lagi. Lebih kurang pukul 1.30pm pengantin sampai dengan menaiki kereta BMW dengan diiringi oleh lebih kurang 20 - 30 kelab kereta BMW. Gara-gara terlupa bawa camera, tangkap guna Samsung Corby pun boleh la (^_^)

~Black dan pasangan bergerak menuju ke pelamin~

 ~Penuh orang sampai betul-betul kat depan pelamin~

 ~Ni dia banner perkahwinan Black Hanifah~

~syu ambil gambar ni selepas majlis selesai. Penuh satu padang bola~
~sila abaikan sampah-sampah tu ye~

Yang bagusnya, lepas habis majlis, dalam pukul 6 pm, syu turun tengok keadaan kat bawah. Nampak la Black dengan wife dia tengah mengemas-ngemas. Dah tukar pakai baju biasa dah. Black siap menyapu lagi kat bawah khemah tempat memasak. Samada dia basuh periuk ke tak, tak dapat nak dipastikan. Ada sesetengah adat, pengantin kena basuh periuk kan selepas majlis.

Apa pun, sama-samalah kita doakan semoga Black dan pasangannya bahagia dan tabah untuk menempuh segala kontroversi yang muncul selepas majlis pernikahan mereka.

No comments:

Post a Comment