Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Majlis Akad Nikah Fouziah Gous di Masjid Bukit Jelutong

salam blogger~~


21 September 2013 berlangsungnya Majlis Akad Nikah Fouziah Gous dan Zhafran Yusof di masjid Bukit Jelutong. Tanpa dirancang, syu dan member syu turut menjadi salah seorang tetamu majlis yang turut sama berada dalam dewan di masjid Bukit Jelutong. Memang spoil la kamera tak bawa juga. Jadi camera Samsung Corby la juga yang berjasa kali ini. Dalam ramai-ramai media yang ambil gambar, syu la salah sorang yang turut menyelit ambil gambar kat dalam dewan (^_^). 


Majlis Perkahwinan Black Hanifah di PPR Kerinchi

salam blogger~~

Cerita pasal Black Hanifah kahwin ni memang dah banyak kat blog-blog lain. Tapi ni daripada pengalaman Syu sendiri yang turut membantu sedikit tak banyak dalam persiapan makanan untuk Majlis Perkahwinan Black di Padang Bola PPR Kerinchi Pantai Dalam, Bangsar Kuala Lumpur pada 15 September 2013.

14 September 2013, Sabtu, dah bermula la proses penyediaan bahan untuk memasak. Dua khemah khas untuk tempat memasak. Untuk majlis ni, memang gotong royong untuk memasak. Tukang masak diimport khas daripada Baling dan Kupang, Kedah. Menurut ayah Black, memang saudara mara sahaja yang turun untuk gotong royong memasak untuk majlis tu. Jadi syu dengan kawan syu tolong la apa yang patut. Sekadar kerja mengupas dan memotong je la. Orang tua-tua je ramai kat situ. Kami dua orang je orang muda yang tiba-tiba menyelit kat situ kupas bawang. Hahaha. Mujur syu ni orang Kedah. Faham la apa tukang masak berborak. Dah kena terjemah dekat member syu sebab dia orang Kelantan. Kami turun pun dah petang dah. Proses memasak bermula tengah malam sehinggalah ke pagi hari majlis.

15 September 2013, Ahad, kalau tak silap syu ada 15 khemah untuk para tetamu, 1 khemah besar untuk tempat persandingan dan 2 khemah untuk memasak. Pagi-pagi lagi syu dengan kawan syu keluar meniaga. Tengah hari balik dari meniaga terus kami pergi makan kenduri. Masa tu Black belum sampai lagi. Lebih kurang pukul 1.30pm pengantin sampai dengan menaiki kereta BMW dengan diiringi oleh lebih kurang 20 - 30 kelab kereta BMW. Gara-gara terlupa bawa camera, tangkap guna Samsung Corby pun boleh la (^_^)

~Black dan pasangan bergerak menuju ke pelamin~

 ~Penuh orang sampai betul-betul kat depan pelamin~

 ~Ni dia banner perkahwinan Black Hanifah~

~syu ambil gambar ni selepas majlis selesai. Penuh satu padang bola~
~sila abaikan sampah-sampah tu ye~

Yang bagusnya, lepas habis majlis, dalam pukul 6 pm, syu turun tengok keadaan kat bawah. Nampak la Black dengan wife dia tengah mengemas-ngemas. Dah tukar pakai baju biasa dah. Black siap menyapu lagi kat bawah khemah tempat memasak. Samada dia basuh periuk ke tak, tak dapat nak dipastikan. Ada sesetengah adat, pengantin kena basuh periuk kan selepas majlis.

Apa pun, sama-samalah kita doakan semoga Black dan pasangannya bahagia dan tabah untuk menempuh segala kontroversi yang muncul selepas majlis pernikahan mereka.

Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia ~~ Al-Fatihah

salam~~

Takziah buat Aril AF dan keluarga

tweet dari Aril AF....


tweet terakhir dari izwan pilus

Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang. Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

gambar terakhir Allahyarhan Izwan Pilus


apa-apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman...Amin...

credit to abang nara ~~

Tentang Perasaanku - Biarkan Jatuh Cinta

salam blogger...

syu nak luahkan perasaan pada AS....thanks for everything....

~Tentang Perasaanku by Irwansyah~


Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati



~Biarkan Aku Jatuh Cinta by ST12~


Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa inigetarkan jiwamu
Jantung ini Detakkan Jantungmu

Dan biarkan aku padamu
Takkan menyesal hidup
Didalam hidupku
Rasa ini terus padamu
Takkan kubiarkan sampai
Aku mati

reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada panadangan
Saat kita jumpa
Biarkan Aku kan mencoba
Tak peduli kau berkata
Tuk mau atau Tidak

Siapa Aura Kasih Yang Sebenarnya???? Bhgn 2

salam ramadan~~

dah lama tertinggal bahagian kedua bagi entri ni...bagi sesiapa yang pernah baca entri Siapa Aura Kasih Yang Sebenarnya bahagian 1, mesti ternanti-nanti kan siapa AURA KASIH di alam realiti....(perasan...macam ada orang baca blog syu ni)....

nak kenal tak siapa AURA KASIH yang sebenarnya????
ni bukan gambar syu ok!!
ni lah dia AURA KASIH - seorang penyanyi di INDONESIA....

patut la masa ramai warga indonesia yang menjengah ke blog syu ni....rupa-rupanya disebabkan ni.....yeke???? popular gak penyanyi ni...yang pasti syu bukan cari publisiti guna nama artis untuk naikkan blog syu k!! secara kebetulan je nama sama....takde kena yang hidup dan yang mati....kalau korang tahu sejarah blog syu ni, tahu la kenapa nama blog syu ni AURA KASIH....maad syu tak kenal pun artis ni masa nama AURA KASIH digunakan sebagai nama rasmi blog syu....

kalau korang search kat MR GOOGLE nama AURA KASIH....ini yang akan keluar...bukan blog syu =( sedikit sedih la....huhuhu...kalau blog orang lain, taip je nama blog terus keluar kat atas sekali dalam GOOGLE tu....adeh....


dah kenal kan yang mana satu AURA KASIH di alam fantasi dan AURA KASIH di alam realiti.....

p/s : sekadar berkongsi cerita