Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Iklan Raya 2014 oleh Petronas ~~

salam blogger~~

Tiap-tiap tahun, iklan raya Petronas lah yang Syu paling tertunggu-tunggu. Tak tau la kenapa. Jom kita layan iklan raya ni. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. "Kudrat membawa Berkat". Keberkatan ni la yang kita cari sepanjang Ramadan menanti Syawal (^_^)




~Ke Pangkuan Bonda~

Nilai dan pengalaman yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Ikhlas dari Petronas.



p/s : mesej yang disampaikan memang tak mengecewakan..

Iklan Raya 2014 oleh TNB ~~

salam blogger~~

Tahun ini TNB mempersembahkan khas lagu raya versi TNB kepada semua rakyat Malaysia. Pengorbanan warga TNB demi kesenangan rakyat Malaysia beraya dalam penuh keindahan. Kalau elektrik takde tak ke tak beraya kita (^_^)

Meh kita sama-sama saksikan lagu raya versi ori dari warga TNB..


p/s : beraya, beraya juga. Ingat jangan bazirkan elektrik rumah anda. Sebelum nak balik kampung pastikan semua suis elektrik dimatikan okay. Pesanan ringkas dari Syu untuk semua..

Iklan Raya 2014 oleh TV3 ~~

salam blogger~~

Saat paling berharga adalah ketika beraya bersama ibu bapa kita. Luangkan masa bersama mereka sementara mereka masih ada (^_^)


p/s : dah balik kampung ke semua??

Iklan Raya oleh TVAlhijrah

salam blogger~~

Iklan dari TVAlhijrah sememangnya membawa seribu erti dalam kehidupan kita. Sungguh mendalam maksud yang cuba disampaikan. Dalam banyak-banyak, ungkapan ini yang paling menusuk kalbu. "Ramadan akan datang belum tentu milik kita".

Iklan Raya 2014 oleh Nissan : Atuk ~~

salam blogger~~

Ni rasanya kali pertama Syu tengok iklan raya dari Nissan. Yang dulu dengan sekarang. Yang lama dengan baru. Semua berubah. "Awak juga macam dulu-dulu. Manis je."..Owhh Sweeettt... Bila tengok ending dia sebak tiba-tiba.. sob sob..


p/s : Makin berusia makin romantik.. macam ni la yang kita nak ~~

Iklan Raya 2014 oleh RTM : Ini Baru Raya ! ~~

salam blogger~~

Sebelum ni dah tengok video iklan raya dari TM kan. Sekarang kita tengok pula iklan raya 2014 dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertajuk Ini Baru Raya ! Ini iklan raya kedua yang Syu tengok. Sangat mendalam maksud yang RTM cuba sampaikan pada masyarakat. Jadi jangan tengok je ye...

Meh kita sama-sama saksikan.....


p/s: Raya ni kurangkanlah penggunaan gadjet, lebihkan masa bersama insan tersayang..



~ANUGERAH~


Sangat menyentuh perasaan. sob sob sob. Setiap manusia Allah jadikan berbeza. Pada yang upaya, jangan dilupakan pada yang tidak berupaya.



p/s : sama-samalah kita menyambut hari lebaran ini bersama ~~

Iklan Raya 2014 by TM - ADIK ~~

salam blogger~~

Tak meriah rasanya bila di penghujung Ramadan ni kita tak tengok iklan raya kat tv kan.  Ni adalah iklan raya pertama tahun ni yang Syu tengok. Meh sini tengok. Syu kongsikan iklan raya 2014 oleh Telekom Malaysia, bertajuk ADIK.

Sama-sama kita saksikan....


p/s: Sila ambil pengajaran yang elok je ye. Yang tak elok jangan pula buat >_<

RAYA 2011

salam syawal blogger~~

dah lama tak update blog ni...sibuk sangat dengan raya and persiapan nak datang bangi...apa syu buat kat bangi??? sapa yang baca post before this tau la...sapa yang tak baca ag tu sila skrol ke bawah (^_^)....

mood raya masih ada lagi kan...so story kali ni pasal raya laaaa.....tahun ni as usual tok dengan tokwan (sebelah mak) datang beraya kat rumah...makjang dengan farhanah, sepupu syu pun datang beraya skali...sebab makjang still dalam edah...so kena la ikut tok....4 bulan 10 hari....adik beradik mak syu tak ramai....3 beradik je...pakcik kena keje...so 2 family je la kat rumah syu....

raya tahun ni tak berapa nak ada feel skit...sebab tak sempat nak buat kuih raya, kemas rumah malam raya...xde daaaa....malam raya pun still kat kedai ag...huhuhu...seminggu before raya memang busy sebab orang ramai datang cari barang untuk persiapan raya kan....takpe...rezeki bulan puasa (^_^)....


tapi raya tetap raya juga.......snap snap gambar raya....

RAYA PERTAMA

bersalam-salaman di pagi raya...memang rutin la ni...

~2 family~

lepas beraya semua, orang datang rumah beraya....petang tu rutin biasa, kami bergerak ke rumah saudara mara....kat Batu 17, Guar Chempedak, Teroi, dan Dulang Kechik....tengah malam baru sampai rumah...disebabkan raya ke 2 syu buat rumah terbuka, jadi sambung pulak rebus ketupat nasi dan ketupat untuk esok....sampai pukul 2 pagi....

RAYA KEDUA

rumah terbuka kat rumah syu ni lebih kepada untuk mengumpulkan adik beradik sebelah ayah syu yang seramai 10 orang....yang dekat-dekat je datang....keluarga paklong, mak ndak, makteh, pakcik, maksu...yang lain semua jauh-jauh juga la....mang meriah la raya kedua tu...diorang sampai pulak serentak....baru la dapat jumpa mak sedara, sepupu semua....setahun sekali....susah nak berkumpul melainkan bila ada kenduri kendara, raya-raya....

menu rumah terbuka :
Lontong, Nasi putih, Gulai Ikan Kering, Udang Masak Lemak Belimbing, Ikan Goreng, Sambal Belacan, Ulam Timun, Kelempung (Peparu) Goreng, Dadih

just snap gambar kat ruang tengah...ruang depan penuh dengan geng laki...

bila dah setahun sekali jumpa mak sedara, mang havoc la sikit....sembang tak berhenti...best best best!!! syu pun campur join orang tua-tua sembang....syiokkkk....

SALAM AIDILFITRI

salam blogger~~

RAYA!!! RAYA!!! RAYA!!!

dikesempatan ini, syu ingin memohon maaf kepada semua kaum keluarga, sahabat handai serta kaum muslimin serta muslimat di seluruh dunia....terutama kepada para blogger....andai tersalah kata, tersalah tulis, terguris hati terkutuk terkata....harap dimaafkan....marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk merapatkan lagi tali silaturahim sesama Islam....

~SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI~


sudilah kiranya menerima KAD RAYA dari syu sekeluarga (^_^)

jangan malu-malu nak amik kad raya ni yer...

Di Pagi Aidiladha

salam blogger~~

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan blogger...pagi ni baru syu berkesempatan update blog....semalam hari yang memang sibuk.....sebab apa?? sibuk buat korban ke?? takla...kali ni kat kawasan perumahan syu tak buat korban....kawasan perumahan sebelah yang buat korban hari ni....

alkisahnya raya tahun ni, tak macam tahun-tahun yang lepas....semua makan dah get ready sehari sebelum raya....except ketupat dengan rendang ayam dan daging memang la dah siap....yela hal kemas rumah pun tak habis-habis lagi...lepas update ni nak p sambung kemas-kemas balik.....malam raya tu sibuk duk cuci almari la, cermin pintu, dapur....penat...malam tu memang tido lena tak sedar benda pun.....pagi raya baru la sibuk memasak....pagi raya biasala ketupat palas, rendang ayam, rendang daging, daging goreng....tengahari sibuk buat nasi carrot plak....keje syu pagi raya mesti la buat kek....kek marble dan kek coklat....kek coklat tak sempat nak amik gambar...adik laki syu dah bawa balik sebiji...huhuhu...

~kek marble~

adik syu plak, petang raya dan pagi raya dia buat conflakes madu.....dia yang masak...syu tolong masukkan dalam cawan kertas tu je....raya aidiladha kali ni simple je....orang datang rumah jamu ketupat palas, kek dengan conflakes madu tu.....

~conflakes madu~

petang plak g umah mak saudara syu....sampai ke malam....hujan la plak kat sini....dengar kata akan ada banjir gelombang kedua...rumah syu dalam proses pengemasan....rumah jiran yang lain, diorang tak kemas pun...takut banjir lagi kan...emm...mintak dijauhkan la dari banjir teruk kali kedua....sambung balik citer raya....then pada malamnya plak, family makcik, makteh dan paklong pulak datang rumah syu....balik je umah terus mak start memasak...syu tolong sikit-sikit je....tolong tumbuk sambal belacan guna lesung batu...tu je kepakaran syu....hehe...meriah la malam tu....adik beradik sebelah abah la....datang ramai-ramai hingaq la sikit rumah kan....dekat pukul 10.30 malam baru semua beransur balik.....kemas-kemas umah sikit pastu tido lena la....hehehe..

p/s : nak p lipat baju jap...tak leh letak baju dalam almari dah...almari dah tak bleh pakai dah....kena susun letak asing...huhuhu