Mengharungi Alam Kehidupan Realiti | Perkongsian Ilmu | Info Kesihatan | Alam Rumahtangga | Santai | Kehidupan | Lagu |
Barang Bawa Balik Raya~~
Tanda-Tanda Hamil Anak Kembar

Ciuman Menyihatkan Tubuh Badan???
Ilmu Firasat Melayu – Rahsia Ciuman
Suka cium dahi isteri…… ..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri…… ..suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri…… .suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri…… ..suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri…… …suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri…… …suami yang penyabar.
Suka cium payudara isteri…… ..suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri…… .suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri…… .suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium punggung isteri…… .suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri…… .suami yang terlalu menghormat isteri.
Suka cium orang lain punya isteri…… .suami nak mampos !
Moral of The Story

~~ HAPPY BIRTHDAY 23 ~~


Perbentangan Psikologi Perkembangan : 1
Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?
Jom kita baca...
"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...
Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.
HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,
Sila jangan tolong..ASAL?
PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...
Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.
Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,
die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...
Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !
JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...
Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.
Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~
So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.
RAYA 2011
SALAM AIDILFITRI

Rezaki Ramadan Kali Ni....


::Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak::

Selamat Hari Wanita~~



Makan Petang Pizza Hut...




Di Pagi Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan blogger...pagi ni baru syu berkesempatan update blog....semalam hari yang memang sibuk.....sebab apa?? sibuk buat korban ke?? takla...kali ni kat kawasan perumahan syu tak buat korban....kawasan perumahan sebelah yang buat korban hari ni....
alkisahnya raya tahun ni, tak macam tahun-tahun yang lepas....semua makan dah get ready sehari sebelum raya....except ketupat dengan rendang ayam dan daging memang la dah siap....yela hal kemas rumah pun tak habis-habis lagi...lepas update ni nak p sambung kemas-kemas balik.....malam raya tu sibuk duk cuci almari la, cermin pintu, dapur....penat...malam tu memang tido lena tak sedar benda pun.....pagi raya baru la sibuk memasak....pagi raya biasala ketupat palas, rendang ayam, rendang daging, daging goreng....tengahari sibuk buat nasi carrot plak....keje syu pagi raya mesti la buat kek....kek marble dan kek coklat....kek coklat tak sempat nak amik gambar...adik laki syu dah bawa balik sebiji...huhuhu...
~conflakes madu~p/s : nak p lipat baju jap...tak leh letak baju dalam almari dah...almari dah tak bleh pakai dah....kena susun letak asing...huhuhu
Aktiviti Kemas Rumah
apa khabar semua??? syu alhamdulillah sihat...syu dah selamat sampai ke alor setar subuh tadi....semalam naik bas memang keje tido je...selalunya syu ni jenis susah sikit tido dalam bas...mungkin sebab penat siapkan fyp, ssl...tido plak tak menentu....dalam bas memang lena gak tidonya....
semalam 1st time naik bas transnasional dari kuala terengganu ke alor setar....emmm bas dia ok....seat vip....selesa la sikit....masa dalam perjalanan tu, kat kawasan gerik ada la 2, 3 kali saat kecemasan...ye la tengah sedap-sedap tido tetiba bas tu brek mengejut dekat selekoh.....nasib baik la pemandu tu pandai kawal stereng bas tu....kalau tak....wallahualam....hujan pulak semalam...mungkin jalan sama licin.....thanks kepada semua yang mendoakan perjalanan syu dan rainbowcloudy....
sampai je umah sambung tido la kejap...bangun je start sesi kemas rumah....rumah syu kan banjir....proses mencuci rumah dah settle....cuma still berdebu lantai rumah.....barang pun penuh dalam rumah....nak kena susun balik....ruang tengah, dalam bilik, dapur dah berubah kedudukan dah....syu takleh la nak letak gambar, memang semak sangat....hehehe....rumah syu setingkat je...so semua barang penuh la dalam rumah ni....alang-alang kemas ni kira untuk raya haji sekali la ni.....

pas kemas ni nak g buat biskut conflakes plak....adik syu nak buat, kena la ada pembantu....syu la tu....malam karang la kot nak buat....rumah pun tak kemas habis ag ni....entry ringkas je hari ni....nak g sambung mengemas plak (^_^)
Get Ready...Alor Setar...here i come....

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥
entri sebelum ni pasal banjir je kan...yela..da sampai musim banjir, cerita pasal banjir jela...ok stop citer pasal banjir...ada benda syu nak kongsi dengan para blogger sekalian....baik lelaki mahupun perempuan....sebagai panduan syu juga...bab jodoh...hehehe...lately ni citer pasa lelaki dan perempuan la pulak...takpe..ini sebagai pengalaman juga kan....
Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~sekadar bahan untuk dikongsi bersama
*kredit kepada IRARA DIRA
Banjir lagi....



2 Kanak-kanak mati lemas di Tanjung Bendahara - Kaw Perumahan Syu
Dua lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Alor Setar - Sumber HMetro
ALOR SETAR: Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di kawasan sawah padi di Tanjung Bendahara di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikatakan sedang bermain-main di kawasan sawah tersebut yang dipenuhi air.
Katanya, ketika kejadian, ada beberapa orang lagi kanak-kanak bermain di kawasan itu.
"Kanak-kanak itu memberitahu selepas dua mangsa itu terjatuh ke dalam tali air, mereka dipercayai tersedut masuk ke dalam lubang yang dalam," katanya kepada Bernama hari ini.
Abdul Ghafar berkata, orang ramai gagal menyelamatkan mangsa kerana air terlalu deras dan kawasan tali air tersebut sangat berbahaya.
Sementara itu, bapa Nur Irshah, Rosli Ismail, 45, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu pada mulanya bermain bersama beberapa rakan di halaman rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara dekat sini.
Setengah jam kemudian beliau yang berada di rumah menerima panggilan daripada salah seorang anak lelakinya mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu dan bergegas ke tempat kejadian, 500 meter dari kediamannya.
"Sejak awal lagi saya dah nasihat dia (mangsa) jangan pergi main jauh-jauh sebab takut berlaku perkara yang tidak diingini.
"Tiba-tiba saya dapat panggilan dari abang mangsa yang mengatakan Irshah lemas ketika bermain bersama rakan-rakan di tepi tali air yangmengalir deras," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat dua kanak-kanak itu sedang giat dijalankan oleh polis dan bomba. Hadir sama di tempat kejadian adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Anggota Parlimen Alor Setar, Datuk Chor Chee Heung yang melawat dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, mayat dua beradik yang dikhuatiri lemas di Kampung Telaga Mas di Pokok Sena semalam telah dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 1 tengah hari dan 2 petang tadi.
Mayat Sharifah Syukor, 8, dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari manakala mayat kakaknya, Siti Nadia Syukor, 13, dijumpai sejam kemudian.
"Kedua-dua mayat tersebut dijumpai di tempat mereka jatuh semalam," kata Abdul Ghafar.
Dalam kejadian semalam, dua beradik itu dikatakan membonceng motosikal yang ditunggangi oleh kawan mereka, Intan Malik, 14.
Ketika mereka melalui jalan batas ban tali air di kampung itu, tiba-tiba air beralun kuat menyebabkan Intan yang membawa motosikal tersebut tidak dapat mengawal kenderaan itu menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus.
Sehingga hari ini, jumlah mangsa lemas akibat banjir sudah menjangkau empat orang.-Bernama
p/s: internet low...xleh nk upload gambar T_T










